Tuesday 4 June 2013

Kenapa Ikan Tidak Mempunyai Lidah - Ikuti Ceritanya Didalam Artikel Dibawah

Jom baca sampai habis, nanti akan tahu jawapannya, mengapa ikan tidak mempunyai 'lidah'.

Rasulullah saw bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah,  dari lidah api neraka jahanam.

Sabda Rasulullah saw  lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda saw menjawab ;”Sesungguhnya Allah swt telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah saw :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud,  maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan, katanya ” dengan fitnah, sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”  Hinggalah ke hari ini apa yang kita lihat ikan tidak mempunyai lidah.








Tidak Menjaga Lidah ( percakapan )

Sesungguhnya lidah itu termasuk diantara nikmat Allah yang besar dan diantara yang dijadikan oleh Allah yang halus dan ganjil. Sesungguhnya lidah itu kecil tubuhnya, besar keta'atannya dan kedosaannya. Karena kufur dan iman itu, tiada terang, selain dengan kesaksian lidah. Dan kufur dan iman itu adalah keta'atan dan kemaksiatan yang penghabisan.

Apa saja yang ada atau tidak ada - Khalik atau makhluk, khayalan ( fantasi ) atau yang diketahui, yang disangka atau yang diduga, semuanya dapat dicapai dengan lidah. Dan dapat didatangi oleh lidah dengan ya atau tidak. Semua yang dicapai oleh ilmu pengetahuan itu, dapat dilahirkan oleh lidah,  baik yang benar atau yang batil. Tiada suatu pun, melainkan ilmu itu menerima untuk lidah. Dan ini adalah suatu kekhususan ( khasiat  ), yang tidak terdapat pada anggota badan lainnya. Sesungguhnya mata tiada sampai, selain kepada warna dan bentuk. Telinga tiada sampai, kepada bukan suara. Tangan tiada sampai, kepada bukan yang bertubuh. Dan begitu pula anggota-anggota badan yang lain.

Lidah itu medan luas. Tiada mempunyai tempat tertolak. Dan tiada mempunyai jalan yang berkesudahan dan berbatas. la mempunyai lapangan luas pada kebajikan. Dan mempunyai ekor yang dapat ditarik pada kejahatan. Barangsiapa melepaskan manisnya lidah dan menyia-nyiakannya terlepas ikatan, niscaya setan berjalan dengan dia dalam setiap lapangan. Dan menghalaunya ke tepi jurang yang menjatuhkan, sampai membawanya kepada kebinasaan. Dan manusia itu, tiada jatuh dalam api neraka, atas hidungnya, melainkan oleh yang dipetik lidahnya. Dan tidak terlepas dari kejahatan lidah, selain orang yang mengikatkan lidahnya dengan tali ikatan Agama. Maka ia tidak melepaskan lidahnya, selain pada yang bermanfa'at di dunia dan di akhirat. la mencegah lidahnya dari setiap yang ditakuti bahayanya, pada waktu yang cepat di dunia  dan pada waktu yang lambat di akhirat.

Untuk mengetahui apa yang dipujikan atau yang dicela melepaskan lidah padanya, adalah tersembunyi dan sulit. Berbuat menurut kehendak lidah bagi orang yang mengetahuinya adalah berat dan sukar. Anggota badan yang paling durhaka kepada manusia, ialah: lidah. Karena ia tiada payah pada melepaskannya. Dan tiada perbelanjaan pada menggerak-gerakkannya. Dan manusia itu mempermudah-mudahkan pada penjagaan dari segala bahaya dan mala-petakanya dan pada herhati-hati dari segala pancingan dan buruannya.

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...