Friday 14 June 2013

Bila Hati Terguris - Semua Orang dikalangan Kita Pernah Merasainya

                             Jangan biar kan hati di sakiti, jangan biar kan hati di lukai.  Bersangka baik    lebih menenangkan hati

Bismillah Alhamdulillah :

Bila hati diguris ?



Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Kita  bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam kita pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kata kita sungguh menyakitkan hati, kemudiannya tiada apa yang kita persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkanlah aku bersama dengan doamu.
Kita  menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Kita  menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini, sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah insan kerdil disisi Allah.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang insan mulia.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa pun,  jangan resah andai ada yang membenci.  Andai ada yang tidak berpuas hati.  Andai ada yang tidak menyenangi.  Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia.  Sebaliknya resahlah andai  Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda  “Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...