Sunday 6 June 2021

Statistik perangkaan hasil tinjauan kehidupan dan kecenderungan gaya hidup Umat Islam di Malaysia


Berikut merupakan statistik daripada perangkaan JAIM, JAIS, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, kementerian perpaduan penduduk dan yang berkaitan, berkenaan umat Islam di Malaysia buat renungan kita bersama:


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.


2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.


3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.


4. 50% menyokong program seperti realiti hiburan, lawak dan rancangan yg seumpamanya.


5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.


6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.


7. 80% remaja hari ini tidak tahu atau tidak pandai mengaji.


8. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.


9. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.


10. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada imam sebagai wakil wali.


11. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.


12. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.


13. 50% pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.


14. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.


15. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.


16. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.


17. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.


18. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.


19. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.


20. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH SWT.


Admin paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. 


Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk".


Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri.


Yang paling penting, selepas membaca fakta ini adakah ianya dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T ? atau tetap sama dan tiada perubahan.


Antara ADA AGAMA dengan HIDUP BERAGAMA, pasti ada bezanya.


Wallahua'alam

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...