Monday 10 June 2013

Madah Seorang Pujangga Buat Seorang Sahabiah

Bismillah Alhamdulillah, was salatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Madah Seorang Pujangga ...

Coretan rasa hati ini adalah sekadar hiasan hati, didekasikan buat Seorang Sahabat :- 

Tatapi aku dengan hatimu , lihatlah aku dengan jiwamu ,  
renunglah aku dengan kalbumu ,

pandanglah aku dengan sanubarimu .  Kerana di situ,  tak perlu kau bertanya lagi
Maaflah  ganggu  harimu.

Maafkanlah ganggu waktumu ,  MAAF  KAN  LAH  ' rindu ku '.

Suatu sudut dihatimu , bisakah kau sediakan buat ku
untuk ku letakkan ' cinta ku '.

Itu pun kalau kau izinkankan , ku  mohon biarlah ia di situ ,
akan selalu melihat hatimu , akan selalu mengadu pada hati mu ,

hanya kali ini aku meminta untuk berada disitu ,
akan ku tahu bagaimana hati mu pada ku ,

Kalau lah ini membuat engkau   terbeban ,  akan ku ambil kembali,  tak seinci terkesan pun di situ ,  

dan  berjauhan  itu  akan  memberitahu ku , cinta  tak  selalu nya   ' berbalas  rindu ' .
Tidak lah boleh selandak padi ,  sekam lah juga di  tumbuk  luluh ,  tidak lah  boleh  kehendak ' hati ' .

Kehendak ALLAH juga yang sungguh ... Wassalam.

Nukilan ini adalah catatan KHAS & istimewa untuk salah seorang insan yg lahir di dunia ini pada : 16 november 1974



Hikmah Memberi & Menjawab Salam



Bismillah Alhamdulillah

Hikmah Memberi dan Menjawab Salam :

Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik salam. Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam. Antaranya ialah:

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) pernah bersabda;

“Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?”

Para sahabat baginda menjawab;

“Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)”

Kemudian Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pun menerangkan:

“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” ( Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah )

Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis;


“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” ( Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah ).

Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis;

“Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah.” 

( Hadis Riwayat Abu Daud : At-Tarmizi dan Ibnu Majah )

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...