Thursday 7 May 2020




SEDEKAH: Sedikit Berkembang Menjadi Gunung

Pahala sedekah walaupun hanya sedikit itu akan *terus berkembang* hingga menjadi besar.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud." [HR. At Tirmidzi 662, hasan sahih].

Rasul ﷺ adalah teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas رضي الله عنهم

"Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah ﷺ melebihi angin yang berhembus." [HR. Bukhari, no.6]

Firman Allah سبحانه وتعالىٰ

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara rahsia atau terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. [Surah al-Baqarah: 274].

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...