Wednesday 26 May 2021

Gerhana Bulan 26 Mei 2021

 Gerhana Bulan


Kemuncak Gerhana Bulan Penuh di jangka dapat disaksikan pada Maghrib ini lebih kurang jam 7.19pm. 

Fenomena ini bermula jam 4.47pm dan berakhir pada jam 9.50pm, waktu Malaysia.


Dituntut (Sunnah Muakkadah) menunaikan Solat Gerhana /Solat Sunat Khusuf ketika melihat proses gerhana berlaku. Dirikanlah solat sunat ini selepas solat fardhu Maghrib.


Rasulullah SAW diriwayatkan dalam hadith Sahih Muslim bersabda:


_ "Sungguh matahari dan bulan adalah tanda kekuasaan Allah SWT, tidak terjadi gerhana keduanya (matahari dan bulan) kerana kematian seseorang atau pun kehidupannya. Apabila kalian melihat gerhana, maka solat dan doalah hingga gerhana tersebut selesai."


_Dalam riwayat lain: “Kemudian Nabi memerintahkan para sahabat untuk berlindung kepada Allah dari seksa kubur”

 [riwayat al-Bukhari].


_Dalam riwayat lain: “Jika kalian melihat gerhana, segeralah berzikir, berdoa, dan meminta pengampunan-Nya”

 [riwayat al-Bukhari].


Antara amalan yg kita boleh lakukan :


1. Solat Gerhana Bulan/Khusuf :


Solat gerhana bulan terdiri dari dua rakaat, setiap rakaat berdiri dua kali, ruku' dua kali dan sujud dua kali. Serta setiap rakaat membaca Al-Fatihah dan surah panjang (yg mampu atau boleh di ulang ulang surah pendek yg termampu) dengan suara nyaring. Setiap ruku' dan sujud membaca tasbih lama-lama.


Berdasarkan dalil yang ertinya :"Pada solat gerhana Nabi saw menyaringkan bacaannya. Dan dikerjakannya empat kali ruku' dalam dua raka'at serta empat kali sujud." 

(HR. al-Bukhari dan Muslim, lafadz Muslim dari Aisyah ra.)


2. Bersedekah:


Bersedekahlah untuk mendapatkan pahala dan reda dari Allah SWT. Kita boleh bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim.


Amalan sedekah saat gerhana bulan diriwayatkan dalam Hadith Riwayat (HR) Bukhari dari Aisyah RA, 


"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo'alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah."


3. Bertaubat:


Setelah melakukan solat gerhana bulan, kita juga boleh memanjatkan doa, berserah diri untuk bertaubat.


4. Mengerjakan Kebaikan:


Meskipun melakukan kebaikan tidak harus menunggu gerhana bulan. Namun, dianjurkan untuk mengerjakan kebaikan saat gerhana bulan.


5. Doa, Istighfar dan Zikir:


"Pernah terjadi gerhana matahari dan bulan, maka bangkitlah Nabi SAW solat, dan bersabda:

"Apabila kamu saksikan hal yang serupa itu, maka segeralah kamu kerjakan solat dan panjatkan doa dan mohon pengampunan-Nya."

(HR. Bukhari, Muslim, Ahmad)


Wallahu'alam..

Tuesday 25 May 2021

Kuarantin covid -19 MAEPS

 Memandangkan kes semakin tinggi lately, so aku expect kemasukan kes positif ke dalam pusat kuarantin MAEPS akan lebih meningkat lah. 

Selaku alumni MAEPS bagi batch May 2021, aku nak share sikit pengalaman aku kat sana untuk tatapan juniors aku nanti. Mereka yang masuk ke pusat kuarantin selain MAEPS jugak boleh refer tulisan ini. 

Basically sama je PKRC semua tempat. 


MAEPS = Malaysia Agro Exposition Park Serdang

PKRC = Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.


Kriteria untuk kau check in ke dalam PKRC ni ialah result swab test PCR korang mestilah +ve. Kalau -ve boleh cuba lagi untuk dapatkan result +ve. 

Aku perasan ada yang masuk melalui CAC, ada yang ambulan ambil kat rumah & ada yang PKD call suruh datang CAC untuk dihantar ke sini.


PCR = Polymerase Chain Reaction

CAC = Covid Assessment Centre

PKD = Pusat Kesihatan Daerah 


Most people masuk PKRC melalui CAC. Once dah +ve kena pergi CAC kawasan korang untuk report and dorang akan nilaikan sama ada kes kau ni patut masuk ke PKRC or just home quarantine.

If the condition of your living premises tak mengizinkan, e.g, tinggal with high risk individuals (>60 yo, chronic diseases), no room to isolate yourself, kongsi toilet with others or you sendiri yang high risk memang kena masuk PKRC lah. 


If semua okay then can home quarantine.


Tempoh kuarantin akan dikira 10 hari dari tarikh swab test. Kalau korang dah kuarantin kat rumah selama 4 hari so continue kuarantin kat PKRC nanti for 6 days je lah. 

Tapi kalau ada sx, dia akan kira 10 hari dari tarikh you developed those sx tu.


sx = Symptom


Tak banyak sangat aktiviti yang korang boleh buat kat sini so socialise lah with others. Memang tempat nak buat kawan pun kat sini. 

Ada 2 tv untuk netflix n chill berjemaah. Boleh main ping pong, carrom and board games. Itu je lah kot. Solat berjemaah tak payah jarak kat sini.


Doctor and nurses akan monitor korang punya kesihatan daily. So pay attention dekat announcement dalam dewan. Mereka akan panggil nama untuk ambil ubat, ambil darah, check vital signs e.g, (blood pressure, body temperature, pulse and respiration rate), etc.


If your conditions macam tak cantik je kan, korang akan dipindahkan ke dewan lain untuk diberikan pemerhatian dan rawatan yang lebih rapi. Macam dewan yang aku masuk hari tu adalah untuk Category 1 and 2. Category ni untuk mereka yang +ve with and without symptoms.


After your quarantine period dah completed, korang akan dapat discharge note yang menyatakan korang tidak lagi berjangkit dan boleh sambung kerja macam biasa. Once dah dapat discharge note ni boleh lah jumpa frontliner in charge untuk potong gelang pink dan pulang ke rumah.


FB: Faiziladha Syahmi

Penawar virus corona 19 dari mimpi

 Terjemahan :


*NABI MUHAMMAD PUNYA PENAWAR UNTUK CORONAVIRUS.


Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan pada anda,


Saudara dan saudari! 

Seorang wanita Alim dari Shirnak, Turki, kaum kerabat saya sendiri, telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW sebanyak dua kali di dalam bulan Rejab. 

Beliau memberitahu mimpinya pada saya secara peribadi, kerana beliau mempercayai saya sebagai seorang Imam, dan menyuruh supaya saya menyebarkan tentang mimpinya kepada sesiapa sahaja, kerana ia adalah arahan dan pesanan Nabi Muhammad SAW.


Saudara dan saudariku! 

Saya sudah mencatatkan tentang mimpi itu betul-betul sepertimana yang beliau nyatakan kepada saya agar tidak ada kesilapan sedikit pun :


MIMPI PERTAMA

Mimpi pertama yang aku alami ialah pada malam Raghaib, iaitu malam pertama bulan Rejab (27 Februari 2020). 

Dalam mimpi itu, Nabi Muhammad SAW berada di atas Gunung Judi, tempat di mana kapal Nabi Nuh mendarat. Ada binaan di atas gunung ini yang seakan-akan sebuah bilik. Aku pun masuk dan mendapati ada Nabi Muhammad SAW. Baginda memakai serba putih, janggut baginda putih dan wajahnya bercahaya. 

Baginda berkata kepadaku, “Anakku, penyakit dan virus ini (Corona) datang dari orang bukan Islam dan sedang tersebar ke seluruh dunia. Dengarlah apa aku hendak beritahu ini dan kongsikan pada sesiapa saja sebelum ianya mula merebak kepada ummatku dan mereka merana.” Baginda memberitahu, 

“Ubat dan penawar untuk virus ini ialah Sumac!" 

(sejenis herba seiras Za’faran berupa bulat-bulat warna merah)


Penawar untuk coronavirus ialah Sumac.

saudara dan saudariku!


“Baginda berkata, ‘Masukkan secubit Sumac dalam secawan air, kacau dan minum. 

Dengan izin Allah pesakit itu akan sembuh dan orang yang sihat tidak akan dijangkiti.’ 

Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kita memberitahu orang bukan Islam tentang penawar ini? Lalu baginda menjawab, 

‘Ya, jika penyakit itu berhenti pada mereka, maka ia tidak akan sampai dan merebak kepada ummatku, dan ia boleh jadi juga sebagai petunjuk untuk sebahagian mereka.’ Dan aku pun terjaga. 

Aku pun berkata pada diriku sendiri, ‘Apa aku hendak lakukan? Tiada sesiapa akan percaya apa yang aku beritahu. Mereka akan katakan, ‘Ini cuma mimpi’, dan tak akan menghiraukannya.”


MIMPI KEDUA

“Kali ini aku bermimpi pada malam Isra’ Mi’raj (24 Mac 2020). Sekali lagi aku bertemu Nabi SAW pada tempat yang sama di atas Gunung Judi, tapi kali ini baginda agak marah padaku. 

Baginda berkata, ‘Kau tidak memberitahu sesiapa tentang penawar untuk virus ini dan ia telah merebak ke atas ummatku! Aku jawab, ‘Wahai Rasulullah! Aku sangka tiada sesiapa yang akan percaya padaku, jadi aku teragak-agak untuk memberitahu sesiapa.’ 

Baginda berkata, ‘Mungkin kau pun tidak percaya juga. Jadi sekarang perhati dan lihat.’  Dalam sebelah tangannya ada sekendi air bancuhan Sumac dan sebelah tangan lagi memegang nyalaan api, dan ada dua orang sakit di dalam bilik itu. 

Baginda berkata kepadaku, ‘Perhati dan lihat,’ dan baginda memberikan setiap orang itu secawan Sumac lalu mereka pun minum. Mereka berdua sembuh serta merta! Baginda SAW pun berpaling kepadaku dan berkata, ‘Adakah kau percaya sekarang?’ Biarkan semua orang tahu, kerana penyakit ini tidak akan hilang dengan apa pun melainkan dengan Sumac! 

Ubat dan penawar penyakit ini ialah Sumac. 

Maka sampaikan (pesanan) ini kepada pihak yang berkuasa. Insha Allah, dengan izin Allah, ummatku akan dihindari dari penyakit merbahaya ini.’ Wallahi, aku bersumpah dengan nama Allah, mimpi ini bukan bohong. Inilah yang benar-benar aku lihat dalam mimpiku.”


Saudara dan saudariku. 

Jangan kongsikan pesanan ini dengan berkata, “Ini cuma mimpi saja.” 

Lagipun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam sebuah Hadith ash-Sharif :


مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ عَلَى صُورَتِي ‏

Sesiapa saja yang melihatku dalam mimpi memang (sebenarnya) dia melihatku seperti dalam sedar kerana sesungguhnya shaitan tidak dapat menyerupai rupaku. (Ibn Majah)


Saudara dan saudariku. 

Anda boleh percaya atau tidak. Aku kongsikan ini dengan anda, kerana aku benar-benar percaya tentangnya. Aku rasa mimpi ini penting dan bermakna, lagipun dalam mimpi itu terlihat Gunung Judi di mana Kapal Nabi Nuh mendarat. Dengan izin Allah pesanan yang disampaikan dalam mimpi ini oleh Nabi Muhammad SAW akan menjadi mukjizat kepada ummatnya khususnya dan semua orang umumnya, dan mereka semua akan bersaksi : bahawa tiada Keselamatan selain dari mengikuti Nabi Muhammad SAW!


Akhir sekali, pesanan saya pada orang-orang yang menjual Sumac: Tolonglah, tolonglah jangan menaikkan harga terutama ketika dalam keadaan genting dan getir ini. Kerana, hari ini ialah hari bersatu; hari ini ialah hari kita tolong menolong antara satu sama lain; hari ini ialah hari berkongsi dan menghulurkan rawatan (penyembuhan). Mudah-mudahan anda berada di bawah Perlindungan Ilahi.


Saudara dan saudariku! Sebagaimana anda lihat (demo), dalam secawan air suam, kacau secubit Sumac seperti ini. Kalau anda mahu, anda boleh terus makan dan kemudian minum. 

Dengan izin Allah, ia akan menjadi penawar pada semua orang yang meminumnya. 

Anda boleh minum dua kali sehari. Bismillahi ‘r-Rahmaani ‘r-Raheem, 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. [Minum dari cawan.]


Mudah-mudahan anda berada di bawah Perlindungan Ilahi.


Kredit terjemahan;Ar Bar.


Translation:


PROPHET MUHAMMAD'S CURE FOR CORONAVIRUS


May God's Peace, Mercy and Blessings be upon you.


Dear brothers and sisters! A pious lady from Shirnak, Turkey, who is a distant relative to me, saw the Prophet Muhammad (s) in her dream twice in this holy month of Rajab. She personally mentioned the dream to me, because she trusted me as an imam, and told me to spread the news to everyone, because it is the order and advice of Prophet Muhammad (s). 


My dear brothers and sisters! I have written down the dream exactly the way she related it to me so that there would be no mistakes:


THE FIRST DREAM

"The first dream I saw was on the holy night of Raghaib, which is the first Friday night of Rajab (27 February 2020). In the dream, Prophet Muhammad (s) was on the Mountain of Judi, where Noah’s Ark landed. There was a structure on this mountain that looked like a room. I entered the room and saw the Prophet Muhammad (s). He was wearing all white, he had a white beard and his face was glowing. He said to me,  'My daughter, this sickness and virus (corona) came from the non-Muslims and it is spreading all over the world. Listen to what I’m going to tell you and share it with everyone before it starts spreading to my ummah and they suffer.' He said, 'The medicine and cure for this virus is sumac!"


The cure for the coronavirus is sumac, my dear brothers and sisters.


"He said, 'Put a little bit of sumac in a cup of water, stir and drink. God willing, the sick will be cured and the healthy will not get sick.' I said, 'O Messenger of Allah! Should we also tell the non-Muslims about this cure?' and he replied, 'Yes, because if the sickness stops in them, then it will not reach and spread among my ummah (nation), and it will also be a means of guidance for some of them,' and then I woke up. I thought to myself, 'What am I going to do? Noone will believe what I say. They will say, 'This is only a dream,' and not give any importance to it."


THE SECOND DREAM

"This time I saw the dream on the night of Mi'raaj (21 March 2020). Once again I saw the Prophet (s) in the same place on the Mountain of Judi, but this time he was mad at me. He said, 'You did not tell anyone about the cure for this virus and it has spread to my ummah!' I said, 'O Messenger of Allah! I thought noone would believe me, so I was hesitant to tell anyone.' He said, 'Perhaps you do not believe as well. So now watch and see.' In one hand, he had a pitcher full of water with sumac and in the other hand he had a glowing fire, and there were two sick people in the room. He said to me, 'Watch and see,' and then he gave each one a cup of water with sumac and they drank it. They were both cured instantly! Then the Prophet (s) turned to me and said, 'Do you believe now? Make it known to everyone, because this disease will not go away with anything other than sumac! The medicine and cure for this disease is sumac. And convey this (message) to the ones in authority. InshaAllah, God willing, my ummah is going to be protected from this contagious disease.' Wallahi, I swear by God, this dream is not a lie. This is exactly how I saw the dream."


My dear brothers and sisters. Don't pass this up by saying, "It's just a dream." As Prophet Muhammad (s) said in one of his Hadith ash-Shareef:


مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ عَلَى صُورَتِي ‏

Whoever sees me in a dream, has seen me in reality, for Satan cannot appear in my form. (Ibn Majah)


My dear brothers and sisters! You may believe it or not. I am sharing this with you, because I strongly believe in it. I think the dream is very important and meaningful, since in it was seen the Mountain of Judi, where Prophet Noah's Ark landed. God willing, the message given in this dream by Prophet Muhammad (s) will be a miracle for his ummah and all people, and they will all witness: there is no salvation other than following the Prophet Muhammad (s)!


Finally, my advice and request for those who sell sumac: Please, but please do not increase your prices, especially during these difficult times. For, today is the day of unity; today is the day of helping one another; today is the day of sharing and distributing healing (shifaa'). And may you be under Divine Protection!


My dear brothers and sisters! As you can see [Demonstrates.], in a warm cup of water, stir in a little bit of sumac like this. If you want, you may strain it and then drink. God willing, it will be a cure for all who drink it. You may drink it twice a day. Bismillahi ‘r-Rahmaani ‘r-Raheem, in the Name of God, the Most Gracious, the Most Merciful. [Drinks from the cup.]


May you be under Divine Protection.

Saturday 22 May 2021

 COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

R0 21/05/2021 1.17 (+0.04 ▲)

CARI / SEARCH

Vaksin COVID Menurut Perspektif Islam

 25th Jan 2021 /  VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.


Malaysia akan menerima bekalan vaksin COVID-19 menerusi perjanjian dengan syarikat farmaseutikal dari United Kingdom, AstraZaneca dan syarikat Pfizer dari Amerika Syarikat.


Biarpun kita sudah hampir pasti akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat ini menerusi perjanjian dua hala itu bagi membendung penularan pandemik, ‘suara-suara sumbang’ ini dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan kerajaan biarpun ia dilihat sebagai satu langkah terbaik di dalam situasi global yang penuh mencabar ini.


Antara alasan yang sering dilontar dan diulangpakai oleh golongan antivaksin ini terutamanya dalam laman media sosial ialah bahan yang digunakan ketika penghasilan vaksin diambil dari unsur haram untuk umat Islam seperti DNA babi, konspirasi jahat Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengurangkan dan mengawal populasi penduduk dunia, serta pelan billionair Bill Gates untuk menjayakan ‘Plandemik’.


Dakwaan-dakwaan berat dikeluarkan golongan ini pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam hati orang ramai terutama umat Islam, sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang umatnya menggunakan benda yang haram.


Ternyata sebenarnya masih ramai orang awam khususnya orang Islam tidak tahu kewujudan kaedah Fiqh Islami yang khusus berkaitan isu penyucian bahan di dalam vaksin yang dikenali sebagai Istihalah dan Istihlak.


APA ITU ISTIHALAH, ISTIHLAK?


Pendakwah bebas Dr Abdul Rahman A. Shukor memberikan penerangan bahawa isu berkaitan penggunaan unsur haram di dalam vaksin telah lama dibincangkan sejak dahulu oleh para agamawan dan ulama, bahkan ia adalah ‘settled issue’, dengan begitu banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan mengenai vaksin yang boleh dirujuk.


Beliau menjelaskan bahawa konsep Istihalah dan Istihlak turut boleh diaplikasikan di dalam fatwa semasa berkaitan isu kehalalan sesuatu vaksin.


“Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum (dari haram ke halal) kerana berubah zatnya iaitu bahan dari sumber yang haram yang telah berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.


“Konsep Istihlak pula ialah bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan itu. Bahan berkenaan telah rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun zatnya masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.


Beliau, yang juga Penasihat Shariah Institusi Perbankan Islam turut menjelas lanjut, kaedah asal mengikut hukum Islam ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka tidak timbul isu syariah mengenainya, di samping ianya harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian.


MENJAGA NYAWA LEBIH PENTING


Namun sekiranya vaksin itu mempunyai atau bercampur dengan unsur haram, Dr Abdul Rahman menjelaskan ia telah terbahagi kepada dua kategori hukum.


“Pertama, jika ada vaksin lain yang lebih suci dan diyakini sumbernya, maka tidak boleh digunakan vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi asas dalam fatwa-fatwa mengenai vaksin.


“Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci tetapi keadaan bersifat darurat bagi menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah di antara objektif syariah. Ini bermakna sesuatu vaksin tidak semudah itu untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat,” katanya.


Beliau kemudian membawa satu contoh kes yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) berhubung hukum menggunakan Vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus, manakala Vaksin Meningococcal Miningitis Menomune yang mengandungi unsur bovine (lembu), porsin (babi) dan avian (itik) adalah haram.


Namun beliau menjelaskan telah terdapat kajian semula terhadap Vaksin Meningitis Menomune dengan menjelaskan formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan vaksin itu yang bebas daripada sumber haiwan, dengan akhirnya Muzakarah MKI memutuskan penggunaannya adalah diharuskan dengan fatwa terdahulu vaksin itu dibatalkan.


“Kita ambil contoh terkini, Malaysia bakal mengimport vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer. Difahamkan vaksin ini diperbuat daripada mRNA (vaksin yang tidak menggunakan virus hidup dari COVID-19) dan tidak terlibat dengan unsur haram. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin COVID-19 diperbuat daripada unsur haram.


“Lagipun dalam pembuatan vaksin juga telah berlaku penyaringan, penyucian dan pemurnian berulang kali sehingga bahan asal itu tidak dapat dikesan pada peringkat akhir vaksin. Dengan kata lain, unsur asal haram tidak lagi menjadi kandungan bagi vaksin.


“Oleh itu, kita sebagai rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan tentang terdapat unsur haram dalam vaksin kerana MKI telah mengeluarkan pelbagai fatwa mengenai perkara ini daripada aspek hukum dengan jelas sekali,” katanya.


TIDAK TIMBUL ISU HALAL, HARAM VAKSIN


Sementara itu, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Murshidi Mohd Noor berkata, sebenarnya majoriti ulama kontemporari berpandangan bahawa istihalah dari khinzir masih dibolehkan dengan syarat proses istihalah itu berlaku dengan sempurna dan telah merubah zat asalnya kepada zat yang lain.


“Namun, sekiranya proses istihalah itu diragui akan keberhasilannya seperti proses perubahan zat asal tidak berlaku dengan lengkap, maka ia tidak dibolehkan. Perkara ini bergantung kepada proses istihalah yang berlaku sama ada lengkap atau tidak menerusi ujian makmal. Istihalah itu sendiri bermaksud satu proses perubahan dari satu zat kepada zat yang lain dan perubahan yang berlaku itu mengubah sama sekali sifat asal sesuatu zat.


“Mereka juga berpandangan, keharusan ini sebenarnya bagi memudahkan orang ramai pada masa kini yang menggunakan banyak bahan mengandungi gelatin untuk pemakanan atau perubatan,” katanya.


“Lagipun, untuk isu yang terbaru berkaitan vaksin COVID-19, berdasarkan maklumat sedia ada, semua vaksin COVID-19 tidak mengandungi kandungan berunsur porcine (babi) atau bovine (lembu), maka di sini sebenarnya tidaklah timbul vaksin ini tidak boleh digunakan umat Islam,” jelasnya.


Dalam pada itu, Dr Mohd Murshidi turut menyokong penuh keputusan yang telah dikeluarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 3 Dis, 2020 yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.


Persetujuan terhadap keputusan ini dengan mengambil kira langkah-langkah yang telah pun diambil dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebelum sesuatu ketetapan dikeluarkan.


Dalam kenyataan pada 23 Dis, 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.


HARAPAN UNTUK MALAYSIA


Untuk rekod, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) baru-baru ini memaklumkan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada akhir Februari ini dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac.


Program vaksinasi COVID-19 akan berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan dan hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun hadapan.


Dengan pandemik COVID-19 baru sahaja menyambut ‘ulang tahun’ pertamanya sejak ia melanda dunia akhir 2019, kita dapati hampir semua orang sudah terbiasa dengan kehidupan normal baharu ditemani pelbagai SOP seperti memakai pelitup muka dan sering mencuci tangan dengan sabun dan sanitiser memandangkan kita masih belum menang perang.


Diharapkan dengan kedatangan bekalan vaksin sekitar suku pertama 2021, ia turut membawa sinar baharu di hujung terowong buat negara Malaysia dalam membendung habis-habisan pandemik ini kerana kes positif harian diumumkan KKM masih lagi mencecah sekitar 2,000 kes dan pastinya terdapat kematian hampir setiap hari.


Oleh Muhammad Basir Roslan


Disunting oleh Cik Rashidah Abd Ghani

BERNAMA


Sumber : Bernama

Wednesday 19 May 2021

 DIALOG MANUSIA DENGAN AL QUR'AN TENTANG MUSIBAH (COVID-19)


Manusia bertanya kepada Sang Khaliq :


Ya Allah, apakah gerangan yang sedang menimpa kami saat ini ?


Al Qur'an menjawab :

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan” 

(QS. Al-Baqarah : 155)


Mengapakah kami harus diuji dengan wabak corona seperti ini ?


Al Qur'an menjawab :

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ?” 

(QS. Al-Ankabut : 2)


Untuk apa sesungguhnya ujian ini, ya Allah ?


Al Qur'an menjawab :

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah ; barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya” 

(QS. At-Taghabun :11)


Namun, mengapa harus terjadi pada kami ?


Al Qur'an menjawab :

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" 

(QS. Al-Ankabut : 3)


Darimana datangnya musibah ini ya Allah ?


Al Qur'an menjawab :

“Dari mana datangnya ini ?” Katakanlah: “Itu dari dirimu sendiri” 

(QS. Ali Imran: 165)


Tapi ya Allah, wabak ini sungguh buruk bagi kami.


Al Qur'an menjawab :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al-Baqarah : 216)


Telah sesak nafas kami, berat hidup kami, gara-gara wabak ini.


Al Qur'an menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 

(QS. Al-Baqarah : 286)


Kami tidak boleh bekerja ya Allah, kami dikurung di rumah saja, kami tidak mampu berbuat apa-apa.


Al Qur'an menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” 

(QS. Ali Imran : 139)


Terkadang, wabak ini memberikan tekanan yang demikian dahsyat kepada kami. Rasanya kami telah menyerah kalah. Sebagian dari kami bahkan telah berputus asa.


Al Qur'an menjawab :


“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (QS. Yusuf : 87).


“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat” 

(QS. Al-Hijr: 56)


Kami menjadi gelisah, tidak tenang, karena beban berat yang kami hadapi akibat wabak ini.


Al Qur'an menjawab :

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” 

(QS. Ar-Ra’du: 28)


Di saat sempit seperti ini, masih adakah jalan keluar bagi kami ? Masih adakah pintu rezeki untuk menyambung hidup kami ya Allah ?


Al Qur'an menjawab :


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” 

(QS. Ath-Thalaq: 2-3).


"Barangsiapa yg bertaqwa kpd Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dlm (semua) urusannya." 

(QS Ath-Thalaq 4)


Tapi, syarikat sudah memotong gaji kami. Bahkan sebagian dari kami, sudah tidak memiliki pekerjaan lagi. Siapa yang akan memberikan rezeki kepada kami ?


Al Qur'an menjawab :

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya"

 (QS. Hud: 6)

.

Sudah selama ini kami menjalani arahan Stay At Home.

Rasanya sudah tidak kuat untuk terus menerus dikurung di dalam rumah. Lelah ya Allah. Sungguh kami tidak tahu, sampai bila suasana ini.

.

Al Qur'an menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” 

(QS. Ali Imran : 200)

.

Mengapa Engkau menyuruh kami untuk bersabar ?

.

Al Qur'an menjawab :

“Allah mencintai orang-orang yang sabar” 

(QS. Ali Imran : 146)

.

Adakah balasan atas kesabaran kami ya Allah ?

.

Al Qur'an menjawab :

“Sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” 

(QS. An-Nahl : 96)

.

Alhamdulillah. Seberapa banyakkah pahala yang akan Engkau berikan kpd kami ?

.

Al Qur'an menjawab :

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” 

(QS. Az-Zumar : 10)

.

Masya Allah … Lalu bagaimana nasib kami kelak di akhirat ya Allah ?

.

Al Qur'an menjawab :

“Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (syurga),(sambil mengucapkan) ‘SeLamat untuk kalian atas kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” 

(QS. Ar-Ra’du : 23-24)

.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


Sekarang kami tenang ya Allah, kami redha dengan ketentuan-Mu, kami bersabar dengan ujian-Mu.

.

*Al Qur'an menjawab :


*“Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya” 

(QS. Al-Bayyinah : 8)


*“Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar" 

(QS. At-Taubah : 72)


Kesemua ini khazanah dari Al Qur'an


Oleh itu


PERBANYAKKAN MEMBACA TERJEMAHAN AL QURAN AGAR FAHAM AKAN WAHYU DARI ALLAH UNTUK SEKALIAN MANUSIA.

AGAR MENJADI PEYULUH DAN PETUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN YG SEBENAR...


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

 Vaksin


Masih ramai yang tidak faham apa itu vaksin.


1. Vaksin bukan ubat penyembuh. Ia tidak boleh menyembuhkan pesakit covid19. Pesakit covid19 tidak akan sembuh dengan mengambil vaksin.


2. Vaksin bukan ubat kebal. Ia tidak boleh menghalang daripada jangkitan covid19. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti virus covid19.


Habis kalau tak boleh menyembuhkan dan tak boleh mengelakkan jangkitan, untuk apa kita divaksin???*


Jawapan kepada soalan ini telah diajar oleh guru sekolah anda dalam matapelajaran 

Sains Tingkatan 5 Bab 1 (Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan) atau Biologi Tingkatan 5 Bab 1 (Pengangkutan - Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation)).

Kesalahfahaman tidak sepatutnya timbul jika kita menumpukan perhatian sewaktu guru menyampaikan pelajaran dahulu.


Vaksin (vaccine) ialah ampaian bakteria (suspension of bacteria) atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam badan untuk merangsang limfosit (lymphocytes) untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).


Tujuan penvaksinan adalah untuk membina imunisasi atau dalam bahasa melayunya daya tahan tubuh. Vaksin dimasukkan ke dalam tubuh untuk membolehkan antibodi dalam badan kita mengenali patogen atau virus. 

Dengan mengenali patogen atau virus, barulah antibodi badan kita dapat bertindak balas melawan virus tersebut.


40 staff KKM yang telah divaksin dijangkiti covid19? Imran Khan dijangkiti covid19? Apa jadi?

 Jadi jangan salah faham. Badan kita tetap masih boleh dimasuki virus covid19 walaupun setelah divaksin. Dah bagitau kan. Vaksin bukan ubat kebal. Tetapi antibodi badan orang yg telah divaksin akan terus mengenali virus covid19 sebagai patogen, dan melawan virus tersebut. 

Oleh itu virus akan gagal menambahbiak, merosakkan sistem, sel, dan organ tubuh. Virus akan akan mati dan dikumuhkan, dan peluang untuk virus untuk menjangkiti orang lain pula adalah rendah. 


Berbanding dengan mereka yang tidak menerima vaksin. Virus yang masuk ke dalam badan tidak dikenali oleh antibodi tubuh, oleh itu virus bebas membiak, berparti dan merosakkan sel dan organ. Walaupun tidak bergejala, tubuh akan menjadi sarang dan pembawa virus, dan menjangkiti orang² lain di sekitar kita terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja.


*Demam teruk dan kesan sampingan selepas divaksin?* Benar! 3.48% penerima vaksin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan selepas divaksin. 0.02% mengalami kesan sampingan serius seperti bengkak dan sesak nafas. Kesan ringan adalah normal kerana tempoh penyesuaian yang berbeza untuk setiap orang. Manakala kesan serius atau simptom penolakan berlaku jika penerima mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.


Walaubagaimanapun kemudaratan jika tidak divaksin adalah lebih tinggi berbanding kesan sampingan vaksin. Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan sebenarnya adalah golongan yang bakal mengalami kesan yang paling buruk jika dijangkiti covid19! Jika vaksin samada mRNA atau partikel virus yang dilemahkan pun telah mengakibatkan kesan sampingan, Virus yang aktif dan bebas tanpa antibodi tubuh yang dapat mengenalpastinya bakal memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Ingat bahawa virus Covid19 telah ada dan akan kekal berada dalam komuniti kita dalam tempoh yang panjang.


Harap penjelasan ringkas ini dapat menguraikan kekeliruan dan salah faham terhadap vaksin

Saturday 15 May 2021

Bangsa Yang Hilang

 BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)


Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:


01. Reuben

02. Simeon

03. Levi

04. Judah

05. Issachar

06. Zebulun

07. Dan

08. Naphtali

09. Gad

10. Asher

11. Joseph

12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.


Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.


Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).


Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali.


Keputusan beliau perolehi adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan bani Israel mereka. MALA ADALAH ‘THE LOST TRIBE’ YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI ‘THE TRIBE OF DAN’. Jadi, kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf AS) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.


Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf AS).


Nabi Yusuf AS ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari bani Israel!


Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?


Dari mana salasilah “Melayu”? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf AS? Kenapa?


Apakah kerana Al Mahdi?


C & P


15 Mei 2021 sabtu

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...