Friday 21 June 2013

Apakah Itu Qana'ah?

Allah tidak melihat paras rupa pangkat darjat dan kekayaan manusia itu tapi atas taqwa & keimanannya 

Bismillah Alhamdulillah

Apakah itu Qana'ah ?



Apakah makna Qanaah? Secara literal, Qanaah boleh kita ambil sebagai sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah.
Namun, wujud persoalan adakah Qanaah ini membawa diri kita kepada malas berusaha, tidak berdaya saing, kurang produktiviti atau cukuplah berusaha setakat ala kadar melepas batuk di tangga? 

Maka, inilah penilaian yang salah yang kita perlu perjelaskan dalam diri kita tentang konsep Qanaah itu yang sebenar.
Sekiranya kita memahami dan menghayati sifat Qanaah secara total, kita pasti menjadi seorang Muslim yang hebat pemikirannya, berdaya saing, memberi sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat. 
Kerana apa? Kerana secara zahirnya, sifat Qanaah ini tidak menghindarkan kita dari terus berjaya dalam aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu tidak dapat apa yang dikehendaki, maka tidak pula muncul perasaan iri hati, dengki atau benci kepada orang lain yang diberikan rezeki dan nikmat daripada Allah Taala kepada mereka, 
Sebaliknya menjadikan dia sebagai hamba yang lebih bersyukur,  lebih menghargai segala yang diberikan. fokus dan matlamat masih utuh dan yakin bahawa Allah telah menetapkan rezeki tertentu untuk hamba-hambanya. Bukankah ini memperlihatkan Islam itu indah, maka tidak sepatutnya hari ini wujud sentimen umat Islam ini mundur dan tidak mampu maju. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa." Muttafaq 'alaih.
Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda,
Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.” - Muttafaq ‘alaih

No comments:

Post a Comment

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...