Bismillah Alhamdulillah : “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hambaMu, dan aku berjanji mentaatiMu semampuku, aku berlindung dariMu dari kejahatan kelakuanku. Ku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepadaMu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau”. aa miin ..
Tuesday, 5 May 2020
SEDEKAH: Sedikit Berkembang Menjadi Gunung
Pahala sedekah walaupun hanya sedikit itu akan *terus berkembang* hingga menjadi besar. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud." [HR. At Tirmidzi 662, hasan sahih].
Rasul ﷺ adalah teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas رضي الله عنهم
"Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah ﷺ melebihi angin yang berhembus." [HR. Bukhari, no.6]
Firman Allah سبحانه وتعالىٰ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara rahsia atau terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. [Surah al-Baqarah: 274].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Unta
Tentang Makhlok Unta Unta adalah salah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat unik dan luar biasa. Dalam Al-Quran, Allah berfirman: اَ...
-
Tentang Makhlok Unta Unta adalah salah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat unik dan luar biasa. Dalam Al-Quran, Allah berfirman: اَ...
-
Tokoh Kemajuan Kuala Lumpu Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu? ...
-
Nor Zida Yusoff: Tips untuk kawan2 *PLEASE BACA SAHABATKU* BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI: 1...
No comments:
Post a Comment