Tuesday 25 May 2021

Kuarantin covid -19 MAEPS

 Memandangkan kes semakin tinggi lately, so aku expect kemasukan kes positif ke dalam pusat kuarantin MAEPS akan lebih meningkat lah. 

Selaku alumni MAEPS bagi batch May 2021, aku nak share sikit pengalaman aku kat sana untuk tatapan juniors aku nanti. Mereka yang masuk ke pusat kuarantin selain MAEPS jugak boleh refer tulisan ini. 

Basically sama je PKRC semua tempat. 


MAEPS = Malaysia Agro Exposition Park Serdang

PKRC = Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.


Kriteria untuk kau check in ke dalam PKRC ni ialah result swab test PCR korang mestilah +ve. Kalau -ve boleh cuba lagi untuk dapatkan result +ve. 

Aku perasan ada yang masuk melalui CAC, ada yang ambulan ambil kat rumah & ada yang PKD call suruh datang CAC untuk dihantar ke sini.


PCR = Polymerase Chain Reaction

CAC = Covid Assessment Centre

PKD = Pusat Kesihatan Daerah 


Most people masuk PKRC melalui CAC. Once dah +ve kena pergi CAC kawasan korang untuk report and dorang akan nilaikan sama ada kes kau ni patut masuk ke PKRC or just home quarantine.

If the condition of your living premises tak mengizinkan, e.g, tinggal with high risk individuals (>60 yo, chronic diseases), no room to isolate yourself, kongsi toilet with others or you sendiri yang high risk memang kena masuk PKRC lah. 


If semua okay then can home quarantine.


Tempoh kuarantin akan dikira 10 hari dari tarikh swab test. Kalau korang dah kuarantin kat rumah selama 4 hari so continue kuarantin kat PKRC nanti for 6 days je lah. 

Tapi kalau ada sx, dia akan kira 10 hari dari tarikh you developed those sx tu.


sx = Symptom


Tak banyak sangat aktiviti yang korang boleh buat kat sini so socialise lah with others. Memang tempat nak buat kawan pun kat sini. 

Ada 2 tv untuk netflix n chill berjemaah. Boleh main ping pong, carrom and board games. Itu je lah kot. Solat berjemaah tak payah jarak kat sini.


Doctor and nurses akan monitor korang punya kesihatan daily. So pay attention dekat announcement dalam dewan. Mereka akan panggil nama untuk ambil ubat, ambil darah, check vital signs e.g, (blood pressure, body temperature, pulse and respiration rate), etc.


If your conditions macam tak cantik je kan, korang akan dipindahkan ke dewan lain untuk diberikan pemerhatian dan rawatan yang lebih rapi. Macam dewan yang aku masuk hari tu adalah untuk Category 1 and 2. Category ni untuk mereka yang +ve with and without symptoms.


After your quarantine period dah completed, korang akan dapat discharge note yang menyatakan korang tidak lagi berjangkit dan boleh sambung kerja macam biasa. Once dah dapat discharge note ni boleh lah jumpa frontliner in charge untuk potong gelang pink dan pulang ke rumah.


FB: Faiziladha Syahmi

No comments:

Post a Comment

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...