Wednesday 5 June 2013

Satu Tips Mudah Untuk Mencapai Kebahagiaan & Mudah Memperolehi Rezeki

Bismillah Alhamdulillah syukur teramat sangat ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya kita mampu lagi menghirup udara, berdiri  dan menikmati segala kurniaan nya.  

Sebagaimana tajuk diatas : Satu tips yang mampu membantu hidup anda lebih bahagia dan dimurahkan rezeki.  
Bahawa itulah yang semua orang mahukan dalam menjalani kehidupan ini.

Tips nya sangat mudah : Iaitu menggembirakan dan membantu kedua ibubapa kita, percayalah selagi mana
anda menghulurkan bantuan dari segi tenaga atau wang ringgit kepada ibubapa anda. Selagi itulah rezeki 

anda akan melimpah ruah.  Dan selagi mana anda berusaha menggembirakan hati mereka.  Inn Shaa Allah hidup anda lebih bahagia dan dipermudahkan.

Rasulullah saw bersabda : ' Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa' - hadis sahih ini diriwayatkan oleh al tarmizi dalam sanatnya - no : 1899.


No comments:

Post a Comment

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...