Friday 7 June 2013

Salam Ukhwah Fillah - Persaudaraan Kerana Allah



Bismillah Alhamdulillah

Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? 

Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? 
Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? 

Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula. Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.  Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik,  yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.

Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita,  bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t.   Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ' ithar'.  Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.

Sebagai contoh terdapat kekadang jalinan persahabatan kukuh hanya ketika mana ada 'urusan kerja' yang melibatkan diantara satu dengan yang lain, tetapi apabila tiada lagi maka terputuslah  jalinan itu tiada lagi saling hubung menghubung,  tiada kunjung mengunjung dan tiada lagi kemesraan, walaupun sekadar panggilan telepon.


Atas dasar kerana Allah s.w.t ,  ikatan yang paling kuat antara hati dan akal.  Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi.  Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya.  Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat.  Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

Syarat-syarat berukhwah :

1.  Mesti ikhlas. 
2.  Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
3.  Membiasakan dengani ajaran Islam ( amar makruf nahi mungkar )
4.  Saling nasihat menasihati ke jalan Allah s.w.t.
5.  Sedia membantu apabila diperlukan  kerana Allah s.w.t.
6. Rasulullah saw juga menyarankan agar kita menzahirkan kasihsayang kita kerana ukhwah sgt penting dlm membentuk    masyarakat.


Ithar  - bermaksud mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri menghajatkan sesuatu keperluan ( in english, its selflessness). Ithar adalah suatu sifat yang mulia,  juga sifat yang telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih,  daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, yang mana Rasullullah sallallahu alaihi wasallam bersabda maksudnya :
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri." ( Riwayat Bukhari )

Lawan kepada sifat ithar ialah sifat "ananiyah", iaitu pentingkan diri sendiri ( selfish ). Sifat ini membawa maksud menyayangi diri sendiri sehinggakan mendahulukan kepentingan diri sendiri semata-mata tanpa menghiraukan keperluan orang lain. 



Mereka yang bersifat ananiyah adalah orang-orang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak akan memikirkan kepentingan orang lain, sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Mereka ini bukan sahaja tidak akan mendapat keampunan pada hari akhirat kelak, malah akan mendapat azab seksa yang pedih. 

No comments:

Post a Comment

 BAGI YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS HARAP MENYIMPAN ARTIKEL  SEBUAH Universiti di Amerika Syarikat (AS) membuat kajian lebih daripada 31% or...